Assalamualaikum & selamat sejahtera semua rakyat jelata. Sumpah memang dekat setengah tahun jugak Amirah tidak berblogging. Entah semangat berblogging tetiba menghilang semenjak bercintan cintun dengan jejaka pujaan Gombak.

Amirah memang menganggur sementara waktu sebab dah berenti belajar dekat college. Memula memang berat sangat hati meninggalkan jejaka pujaan, coursemate & housemate. Tetapi Amirah tetap jugak meneruskan kehidupan seperti insan biasa walaupun setiap hari merindui gelagat mereka semua.

Alhamdulillah awal bulan Julai nanti baru dapat sambung belajar balik! Excited jugak sebab belajar jurusan pergigian. Setelah dihitung-hitung dalam 2 tahun jugak Amirah belajar. Memang belajar bermati-matian jugak nanti, baru berjaya menamatkan latihan sebagai Dental Surgery Assistant @ PPP.