Assalamualaikum. It's been a while aku tak update pape. Blame my broadband. Tetiba pulak kena virus. Kalau nak diikutkan, ini broadband kelima aku semenjak aku form 3 dulu. Tahniah Celcom, memang duit mak saya milik anda kan.

Flashback time hari Jumaat haritu, itu pertama kali aku naik keretapi.  Boleh dikategorikan sebagai rare sebab selalu mak yang amik kalau aku nak balik Ipoh. Disebabkan perasaan keeksaitedtan terlebih, aku tak tidur langsung dalam ETS tu.


Lebih kepada takut tertinggal train sebenarnya. Masa aku sampai Ipoh tu, sumpah rasa nak maki management ETS. Lembap gilaa service. Kalaulah Kak Dewi manager dorang, memang tak merasa la dorang nak lenggang kangkung.

For short, aku rate weekend aku sebagai 3/5. Mana hilang lagi dua? Hahaha. Satu, hari koko tahun ni tak semeriah selalu. Dua, aku menangis dekat LRT Bangsar. Entah macam mana boleh salah naik LRT, tak pasal aku meraung tepi station tu.