Studying or studied? Both equal to death. Hahaha. Adoi, petak kepala. Esok dah mula membahagi kelas. Masuk kelas tu takpe la lagi, tapi posting dekat kelas S2 yang tak boleh blah tu. Pihak sekolah ni tak restu ke aku nak tukar aliran?

Tukar aliran ni amik masa sebulan kalau nak tukar. Kenapa kenapa kenapa cikgu? Payah sangat ke nak kick-out saya dari sciences? Buat pe nak simpan budak macam saya ni. Saya rasa saya tak menyumbang pape pun untuk sekolah nanti.

Fine, kalau tukar aliran amik masa sebulan, tukar sekolah amik masa sebulan. Ottoke? Adakah aku terpaksa membazir masa dua bulan di RPS? Tidak tidak tidak. Dah la RPS mini-olympics makin dekat. Nanti mesti ada latihan. Oh, stress betul ni.

Cepat lah masuk U. Cepat lah tukar aliran. Cepat lah tukar sekolah. Takmo takmo takmo duduk RPS. Aku dah dapat aura kesusahan dan kepayahannya. Cukup jela dengan subject dia yang tough, kalau stress sangat nanti, takut rosak CGPA.

Terasa matured enough pulak bila bincang pasal CGPA ni. Betul la cakap cikgu, bila masuk form 6 ni, fikiran dah matang. Lagipun, budak-budak form 6 ni kaki dorang dah selangkah dekat 20 universiti. Tinggal selangkah lagi je.

Kami sebenarnya beruntung. Zaman sekarang, kalau goyah dekat Matrik korang dah tak kena lelong macam dulu. Kalau kau banyak main, mampus kau. Actually, aku random post. Tade niat pun nak menakutkan budak Matrik. Jgn takut ok?