Pernah atau tidak anda membuka bekas aiskrim tetapi tiada aiskrim di dalam. Bahan mentah je yang ada dekat dalam bekas aiskrim tersebut. Aiskrim dia entah hilang ke mana.

Entri yang aku nak share lebih kurang jela macam situasi macam cerita aiskrim ni. Selalu memang orang tua je yang akan buat perkara macam ni. Tapi disebabkan aku pun melakukan perkara yang sama, tidak bermakna aku ni tua.

Haritu aku terniat nak refill sabun Dynamo aku. Disebabkan kekurangan bekas untuk meletakkan sabun Dynamo dan kebetulan pulak ketika itu sabun mandi aku pun dah habis, aku sumbat jela sabun Dynamo ke dalam bekas sabun mandi.

Pada suatu pagi, seorang rakan dari A-28-3 [You-Know-Who] ingin menumpang mandi dekat rumah aku atas faktor bekalan air yang terputus. Dipendekkan cerita, selesai sahaja rakan aku ini habis mandi, dia berkata sesuatu kepadaku:

Dia: Tadi aku pinjam sabun mandi kau sikit.
Aku: Sabun aku yangg mana ni?
Dia: Sabun warna biru. Sabun mana laggi yg ada.

[Pengajaran Moral] Jangan sesekali mandi dengan menggunakan sabun mandi orang lain. Mungkin diaa ada meletakkan sabun Dynamo ke dalam bekas sabun mandi.