Assalamualaikum dan selamat sejahtera 202 followers kesayanganku dan juga pembaca lain yang sudi menyinggah belog tidak seberapa ohsem ini. Maaf sebab kalau aku dah lama membiarkan belog aku usang tanpa sebarang entri.

Cincai cerita dia aku teramat sibuk dengan college life. Nak bahagi masa untuk diri sendiri dan insan tersayang pun susah. Final exam pulak bakal menjelma kira-kira dua minggu lagi. Rasa macam mahu menangis meraung mengila dan melalak.

Sebelum aku mengarut lebih baik aku menceritakan tujuan sebenar entri aku. Aku baru sahaja menghadiri sesi temuduga SPA untuk Pembantu Pembedahan Pergigian minggu lepas. One-step-ahead towards dentist kateko. Feewit feewit feewit.

Alhamdulillah. Memang benda ini yang aku tunggu dari dulu. At least kalau aku dapat further dentist, tak payah aku nak menghadap komputer sangat. Tapi tak jugak, sebab dentist sekarang memang pakai komputer. Nampak tak dekat situ?

Nampak tak dunia sekarang tak boleh lari dengan teknologi. Semua memerlukan khidmat teknologi. Aku kalau boleh memang nak pindah sangat. Sebab aku nak kejar cita-cita aku yang tertunggak. Dah dekat setahun lebih dia tertunggak.

Dan aku harap korang semua turut mendoakan aku agar terpilih menjadi salah sorang pegawai kerajaan. Mungkin sampai sini je entri aku kali ni. Insyaallah kalau aku free lagi aku mengimarahkan lagi belog aku ini. See you next time.