Aku sedang diuji. Seriously, I can feel it. As saying goes, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan. Ayat ini aku copy paste dari belog orang. Tak tahu kenapa, aku jadi motivated bila baca ayat tu.

Kesabaran. Allah tengah menguji aku sebagai hamba-Nya. Nak tengok aku kuat ke tak menghadapi realiti hidup. Nak tengok aku dekat dengan Dia ke tidak. It's like challenges being 18 y/o. Transformation from teenagers to adult.

Kenapa aku rasa aku sedang diuji? Sebab kawan-kawan aku semua dapat offer masuk matrik, tapi aku masih terkandas dekat form 6. Last choice aku. Benda yang aku tak pernah rancang nak lalui selama ini. Really really unexpexcted things.

Allah sebenarnya nak tengok macam mana aku face realiti yang Dia tetapkan. Allah nak tengok sekuat mana aku, bila aku yang aku harapkan dan rancangkan selama ini tidak tercapai. Seriously, banyak yang aku dah rancang sebenarnya.

Selama ni aku tak sedar. Leka benar dengan duniawi, sampailah aku dapat offer masuk form 6 tu. Hiba tu memang terasa, but He knows the best right? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Allah yang menentukannya.

Bila aku slow-talk dengan kawan aku pasal benda ni, dia lagi dropped aku. Form 6 ni bukan tempat orang tak dapat universiti ke Mira? Lepas dia cakap centu, taktau kenapa aku rasa berapi gila. Rasa nak tumbuk pun ada. Hmm, sabar jela.

Entah kenapa aku suka dekat form 6 ni. Aku memang stand still pasal desicion aku nak masuk form 6. Rahmah ada kata, ikut hati kau, jangan ikut orang, buat apa yang terbaik untuk diri kau. So, why should I give up form 6 kan? Just move on.