Update belog lagi. Hahaha. Sejak nak masuk form 6 ni, tangan ni asyik gatal je nak update belog. Kalau boleh 24/7 nak post cerita. Alrite then, harini nak cerita pasal pre-test JPJ.

Pre-test JPJ ni ialah penilaian before nak masuk menghadap JPJ sebenar. Dah dekat 3 bulan belajar baru la aku dapat buat penilaian. Nak buat camne, budak workholic la katakan.

Alkisahnya, pukul 9.45 aku pergi la masuk menghadap uncle cina tu. Bila dia mintak I/C, aku pun dengan blurnya cakap tak bawak. Nasib je dia tak marah. Act, dia tak garang pun.

Aku je yang gelabah lebih. Rumah dah la jauh. Itu yang gelabah tu. So, he makes decision suruh aku beli kad hijau. Fuhh, berat hati sebenarnya nak beli kad tu. Dah la mahal.

Nak tanak aku pun terpaksa la keluarkan duit 15 ringit. Pikir esok gaji je, kalau tak gaji mahu jugak aku meraung dekat situ. Gaji bulan ni dah la tak lebat. Haish duit duit dan duit.

Sejak aku kerja, baru aku pandai menghargai duit. Kalo tak dulu, keluar je duit macam air. Sekarang ni semua benda kena berkira. So, kalau nak payung orang tu kena la beringat sikit.

Penilaian tu aku lulus sebenarnya. Tak tahu la sebab kesian or aku memang layak untuk diberi lulus. Tiga kali jugak enjin mati sebenarnya. Tapi uncle tu kata bukan salah aku pun. So yeah.