Di saat anda semua memilih Matrikulasi, saya memilih untuk bersekolah. Hahaha. Secara rasminya, tanggal 8 Mei aku menjadi pelajar pra-universiti. Walaupun pergi mendaftar tadi hanya untuk test market sahaja, tapi tak salah mencuba benda yang baharu. Tak kenal maka tak cinta orang kata.

First day persekolahan, pengetua pun turut hairan, eh, semua sambung belajar dekat sini ke? Hahaha. Lawak pun ada. Adakah pengetua berpendapat kami tidak dapat menyambung pelajaran di universiti/matrikulasi? Tidak tidak tidak. Kami sebenarnya masih menunggu result daripada UPU.

Dekat sekolah tadi, bukannya amik input sangat pasal form 6. Main je lebih. Biasalah, dekat berapa bulan tak jumpa kawan-kawan. And aku still tak dapat nak adapt situasi sekarang. Yelah, dulu iron baju Mcd, sekarang iron baju sekolah balik. Dulu makan McChicken, sekarang makan kuetiau balik.

Terasa macam rewind form 5 pun ada. Just less-friends sahaja. Tak macam dulu. Penuh kantin dengan kawan-kawan yang kelaparan. Dan aku paling tak boleh terima bila nak balik sekolah tadi. Tunggu ayah sampai menangis-nangis. Motif aku nangis pun aku taktau sebenarnya. Cengeng betul aku ni.

Pasaipa lagu tu pun cek taktau. Terereng lebih. Then, bila aku dah sampai rumah tu terus cari tab dengan laptop nak online. Rutin harian, mesti online facebook dengan twitter. Dah memang aku ni jenis kaki-online. Tapi bila aku start online, mesti ada spesies-spesies jenis sweetalker nak mengayat aku.

Takmo. Takmo. Takmo. Hahaks, nakal. Abang tak boleh hidup tanpa Mira. Eh, dah kenapa dengan orang-orang macam ni. Kenapa kenapa kenapa. Dah rupa takde pegangan pun ada. Tak boleh ke hidup tanpa perempuan? Selama ni engkau boleh je hidup. Kenapa tidak sekarang? Dasar manifesto.