Stay strong Beautiful, (perasan kejap) Seriously, aku tengah mencari kekuatan diri. Lemah sangat semangat aku kali ni. Tak macam dulu. Dulu, tak dapat Matrik, redha. Dapat form 6 redha. Tak dapat UPU? Entah kenapa aku tak dapat terima.

Memang salah aku pun aku rasa. Terlalu mengharap sangat dekat benda yang belum tentu menjadi milik kita. Tapi, alhamdulillah. Tak menyesal pun aku daftar form 6. Kalau tak, mesti sekarang aku masih terkapai-kapai mencari hala tuju.

Memandangkan bukan rezeki aku di universiti, jadi aku memang merancang nak tukar sekolah dan tukar jurusan. Biarlah aku korbankan cita-cita aku selama ni. Mungkin rezeki aku sebenarnya bukan dalam bidang Science. Who knows?

Jadi, cuti sekolah ni aku mengharapkan permohonan aku diluluskan. Either Taib or Anderson aku tak kisah sangat. Belajar dekat mana-mana pun sama jela. Rayuan UPU? Insyaallah, aku akan cari course yang sesuai dengan aku.