Assalamualaikum. Hmm, lama tak update belog ni. Sampai password pun type 3 kali. Nampak tak permainan dia? Demi segulung presentation. Cewah, tak boleh bla gilaa tajuk dia.

Cerita dia bermula di lab E105 di mana itulah tempat presentation kami bakal bermula. Aku menanyakan Asyiqah seketul soalan, weh Shika, kau ada bawak tak hadiah tu?

Seperti jangkaan aku, dia terlupa. Aku diam dan mendengar sahaja usul-usul yang dia ajukan untuk mengambil semula hadiah yang sudah ditinggalkan. Weh Eng kita naik teksi nak?

Sekali lagi perkara itu sudah ku jangka. Dengan selsema menguasai diri, aku cukup malas untuk bergerak. Aku sudah putus asa ketika itu. Biar Allah sahaja yang menyelesaikannya.

Lantas, terlintas di fikiranku untuk meminjam motor Bob. Yelah, daripada membazir duit naik teksi RM20 nak pergi-balik. Baik pinjam motor Bob. Bob bukan kisah pasal duit minyak.

Selepas mendapat keizinan Bob, Shika pun memecut laju ke destinasi kami. Aku? Aku dibelakang Shika sambil tudungnya melambai-lambai menampar muka ku. Memang perit sekali.

To Be Continued / Bersambung.